Selasa, 11 September 2012

adakah aku dalam rahmatMu?

ya Allah, sekiranya aku cinta dunia,
rahmatilah aku agar lebih mencintai akhirat,
sekiranya aku mencintai manusia,
lebihkanlah cintaku kepadaMu ya Allah.
sekiranya hatiku terpaut pada kenikmatan dunia,
kuatkanlah pautan hatiku pada nikmat syurga.
sekiranya aku jatuh hati,
jatuhkanlah hatiku padaMu,
sekiranya aku gila mengejar duniawi,
tambahkanlah kegilaanku mengejar syurgaMu.
aku insan lemah ya Allah,
aku usaha dan Engkau yang memakbulkan.
usah sesekali Kau biarkan aku terkapai sendirian,
tempatkan aku dalam perhatianMu
aku inginkan keberadaanMu dalam setiap lakuku.
coba dan mencoba lagi.
takkan pernah berhenti.
kan ku kejar cintaMu.
kan ku impikan rahmatMu.

#luahan hati kecil

Tidak ada komentar:

Posting Komentar